Isnin, 30 September 2013
"Kitaran sesebuah pasukan berjaya akan berakhir mungkin selama empat tahun" Sir Alex Ferguson
Merujuk kepada keluhan Tan Sri Annuar Musa di laman Facebooknya 14 September 2013
"Barangkali kemuncak kejayaan TRW ialah apabila pasukan dan pemain di puncak jaya dan kesemua kini mempunyai nilai yg tinggi..Hampir kesemua pemain di tawar gaji lumayan dan pastinya lebih tinggi dari kemampuan kita sendiri..sudah pasti akhirnya WANG jugalah yg jadi perhitungan..
WALAUPUN TRW menaikkan gaji setiap tahun namun PIHAK YG MAU MEMBELI tetap menawarkan lebih lagi..Sistem perpindahan pemain di msia tidak memberi apa apa pulangan pada pelaburan besar yg kita buat hatta kpd pemain yg cedera sekalipun..
SEJARAH PASUKAN SANG JUARA AKHIRNYA MERUDUM DLM LIGA AKAN TERUS BERLAKU..pengelaman menyatakan adalah sukar utk membangun pasukan yg kekal berprestasi tinggi dlm liga msia..TAK SIAPA PUN TERKECUALI NAMPAKNYA...FB Tan Sri Annuar Musa
Keluhan ini sememangnya sudah menepati perkongsian pengalaman Sir Alex Ferguson selama mengendalikan skuad Manchester United.
“Saya yakin kitaran sesebuah pasukan berjaya akan berakhir mungkin selama empat tahun dan pertukaran segera diperlukan selepas itu.Kami cuba membayangkan keadaan pasukan tiga atau empat tahun akan datang dan membuat keputusan mengikut keadaan itu. Disebabkan saya berada bersama United untuk satu tempoh panjang, saya mampu untuk merancang masa.” ALEX FERGUSON HARIAN METRO 14 SEPT 2013.
Namun jika diamati kata-kata perkongsian pengalaman Sir Alex Ferguson, Tan Sri Annuar Musa harus terus memperkasakan pasukan meskipun terpaksa berdepan dengan penghijrahan pemain-pemain utama, kejayaan membina pasukan yang utuh untuk masa akan datang amat penting bagi seluruh rakyat Kelantan sebagai pelabur dan penyokong no 1 pasukan The Red Warriors supaya terus dapat melihat pembangunan dan kejayaan bolasepak yang konsisten.
Kedua-dua ayat ini jelas menunjukkan The Red Warriors sekarang sudah berada di kemuncak kegemilangan selepas lebih 4 tahun pasukan The Red Warriors berjaya mengharungi saingan daripada Liga FAM melangkah ke Liga Perdana seterusnya ke Liga Super dan menguasai final Piala FA serta Piala Malaysia di sepanjang kebangkitan ini dan kemuncaknya dinobatkan sebagai sang juara treble. Kejayaan Treble 2012 adalah sejarah paling manis bagi Tan Sri Annuar Musa dan seluruh penyokong The Red Warriors meraikan kejayaan unggul ini.
Tidak mustahil pasukan The Red Warriors akan mengikuti jejak Selangor dan Kedah yang merudum selepas berada di kemuncak kejayaan kerana sejarah bolasepak sememangnya begitu tetapi tidak mustahil juga The Red Warriors akan terus menjadi pesaing hebat pasukan liga Malaysia meskipun ditakdirkan gagal memiliki piala pada masa akan datang. Sudah menjadi lumrah kekadang kita diatas kekadang kita dibawah seperti putaran roda.
Disaat Kelantan yang bakal mendepani saingan getir Terengganu selasa ini dalam saingan Piala Malaysia 2013, tidak seharusnya kita semua selaku penyokong setia tewas dengan mainan media. Ayuhlah semua terus bersama berjuang sehingga ke kutipan mata terakhir saingan Piala Malaysia. Anggaplah perjuangan ini perjuangan terakhir mengekalkan piala di bumi Kelantan. Jatuh bangun pasukan ini akan tetap terpalit dalam hidup anda sebagai anak Kelantan..... Ayuh BANGKIT THE RED WARRIORS!!!!!!!!!!!!!!!!! LUPAKANLAH...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan