Memaparkan catatan dengan label BERITA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BERITA. Papar semua catatan

Sabtu, 26 Oktober 2013

Kaitkan Azizan dan harga gula, kempen tidak berakhlak



KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Kedah Datuk Mahfuz Omar menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan kempen yang tidak berakhlak dan tidak beradab.

Muhyiddin hari ini cuba mempertahankan pemotongan subsidi gula sebanyak 34 sen dengan mengaitkan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang terpaksa memotong kakinya akibat kencing manis.

Jelas Mahfuz, kenyataan Muhyiddin itu tidak berakhlak khususnya kepada ahli keluarga Allahyarham iaitu isteri dan anak-anaknya.

"Kenapa hendak kaitkan keputusan pemotongan subsidi gula dengan Allahyarham yang potong kaki.

"Jangan guna orang yang dah mati untuk menghalalkan mereka menaikkan harga gula," tegas Mahfuz kepada Harakahdaily.

Katanya, Muhyiddin langsung tidak ada rasa hormatkan isteri dan ahli keluarga Allahyarham.

Justeru, Mahfuz menggesa Muhyiddin memohon maaf kepada isteri dan anak-anak Allahyarham serta seluruh pengundi Sungai Limau yang rata-rata begitu rapat dengan Allahyarham.

Hari ini, Muhyiddin dalam majlis pertemuannya bersama guru dan ibu bapa pelajar sekolah sekitar Yan dan Kuala Muda pagi tadi mempertahankan pengurangan subsidi gula sebanyak 34 sen yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2014 semalam dan berkuatkuasa hari ini.

Menurutnya sebagaimana yang dilaporkan Malaysiakini, ia dilakukan untuk manfaat orang ramai dan hadirin yang hadir perlu mengambil iktibar daripada penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak.

"Ramai meninggal dunia sudah ditakdirkan Allah, tapi di dunia ini disebabkan banyak makan, di samping itu banyak ambil gula sampai tak usahlah saya cerita tentang almarhum (Azizan).

"Sebab itu juga dia terpaksa melalui proses kakinya terpaksa dipotong.

"Jadi kerajaan umum tak ada subsidi umum tak ada gula keputusan tepat hendak menjaga maslahah am - hendak menjaga kesihatan," katanya.

BAJET 2014 DARI RAKYAT...UNTUK RAKYAT

Firman Allah, maksudnya: “Jikalau sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka barakah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami seksa mereka disebabkan perbuatannya.” (Al-A’raf: 96)

Bajet tahunan kerajaan (annual budget) adalah instrumen utama dalam urustadbir fiskal negara yang memperincikan unjuran pendapatan dan perbelanjaan kerajaan bagi tahun mendatang.

Komponen utama sesebuah belanjawan adalah sumber pendapatan (cukai, bukan cukai, pinjaman) dan agihan perbelanjaan (pengurusan, pembangunan, pembayaran hutang) demi mencapai objektif utama dasar ekonomi negara iaitu memacu pertumbuhan (growth), mengawal kenaikan harga (inflation) dan mengurangkan kadar pengangguran (unemployment). Justeru, setiap instrumen di dalam belanjawan dirangka mengikut keutamaan dan matlamat sosio-ekonomi negara dengan mengambil kira keperluan dan pertimbangan faktor dalaman dan luar negara semasa. Prinsipnya adalah sama, tanpa mengira samada anda seorang Perdana Menteri yang mengetuai sebuah kerajaan (negara) atau seorang Bapa yang mengetuai sebuah keluarga (isi rumah), iaitu “berbelanja ikut kemampuan dan keperluan, bukan ikut kemahuan”.

Sebagaimana diumumkan oleh Menteri Kewangan yang juga Perdana Menteri (Nota: Malaysia mencatat defisit berturut-turut sejak format penjawatan CEO dan CFO kerajaan dipegang oleh individu yang sama bermula 1998), kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM264.2 bilion untuk dibelanjakan pada tahun 2014 (2013: RM261 bilion, 2012: RM252 bilion), dibiayai dengan sumber hasil berjumlah RM224.1 bilion (2013: RM220 bilion, 2012: RM207 bilion), dengan kurangan pendapatan berjumlah RM37.1 bilion atau 3.5% defisit daripada KDNK (2013: 4.0%, 2012: 4.5%)

Ke mana RM264.2 bilion ini diperuntukkan? Sebanyak RM217 bilion (83%) diperuntukkan untuk tujuan pengurusan (2013: RM216 bilion, 2012: RM205 bilion). Perbelanjaan emolumen sebanyak RM63 bilion kekal sebagai komponen terbesar (2014: 29%, 2013: 28%, 2012: 29%) bagi menanggung gaji 1.4 juta penjawat awam serta imbuhan berkaitan, diikuti peruntukan subsidi bernilai RM39 bilion (2014: 18%, 2013: 21%, 2012: 21%) dan perbekalan bernilai RM36 bilion (2014: 17%, 2013: 16%, 2012: 15%). Manakala RM46.5 bilion (17%) diperuntukkan untuk tujuan pembangunan (2013: RM45 bilion, 2012: RM47 bilion) meliputi projek fizikal dan inisiatif tranformasi NKRA dan NKEA dalam sektor ekonomi, sosial dan keselamatan. Nisbah perbelanjaan pembangunan yang rendah (17% daripada keseluruhan bajet, 4% daripada KDNK), adalah satu nisbah yang kurang sihat untuk sebuah negara membangun untuk memacu pembangunan masa depan yang mampan.

Dari mana RM264.2 bilion ini diperolehi? Sebanyak RM224 bilion hasil dijangka dipungut manakala defisit RM37 bilion akan dibiayai oleh pinjaman dalam dan luar negeri. Sejumlah RM133 bilion cukai langsung dan RM39 bilion cukai tidak langsung (duti, eksais, cukai jualan dan perkhidmatan) dijangka dipungut manakala sejumlah RM52 bilion hasil bukan cukai (dividen, royalti) dijangka diperolehi pada 2014, memandangkan regim cukai GST 6% hanya akan berkuatkuasa pada 1 April 2015. Sebahagian besar pinjaman kerajaan adalah daripada sumber dalam negeri (2013: 97%, 2012: 96%) berbanding sumber luar negeri (2013: 3%, 2012: 4%). Namun, angka hutang ini adalah jauh lebih tinggi jika dicampur dengan jumlah tanggungan liabiliti luar-jangka (contingent liability) yang mencecah puluhan bilion.

Melihat secara makro angka berbilion ini membawa kepada konklusi awal bahawa bajet 2014 yang diumumkan oleh Menteri Kewangan merangkap Perdana Menteri (Nota: Juga merupakan Presiden UMNO dan Pengerusi BN yang menyelit ucapan bajet di dalam Dewan Rakyat seumpama berucap di Perhimpunan Agung UMNO), ia adalah manifestasi janji ‘balas budi’ oleh kerajaan yang memenangi 60% kerusi tetapi hanya menguasai 48% undi pada PRU13, jika dibandingkan dengan bajet 2010 hingga 2013 yang dipenuhi pelbagai pemberian dan imbuhan untuk meraih sokongan rakyat.

Cukai dikutip daripada pendapatan dan perbelanjaan rakyat (cukai pendapatan >20%, duti & eksais, GST 6%), simpanan dan caruman rakyat dipinjam untuk membiayai defisit kerajaan (pembelian bon dan sekuriti kerajaan oleh KWSP, BSN serta institusi perbankan dan insurans). Defisit terus menjerut hutang kerajaan ke paras 55% KDNK (2013: 54.8%, 2012: 53.3%), manakala inflasi dan kos sara hidup kian menghambat pendapatan, perbelanjaan dan hutang rakyat (>80% KDNK). Inilah sebuah bajet,A untuk rakyat dari rakyat.

MENGAPA PAS BANTAH GST??

KUALA LUMPUR: Kerajaan BN masih meneruskan kerja borosnya manakala memangsakan rakyat dengan cukai barangan dan perkhidmatan (GST)  untuk meningkatkan pendapatan.

“Oleh itu, PAS tetap membantah pelaksanaan GST,” tegas Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan.

Katanya, pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan apabila kerajaan mula bertanggungjawab untuk mengurangkan pengurusan operasi dan bukannya terus berboros dengan duit rakyat.

“Pengurangan subsidi dan kini GST bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan berbelanja,” ujarnya lagi.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) merupakan langkah baru untuk menambahkan pendapatan negara.

Ia adalah cara mengambil duit daripada rakyat melalui cukai yang dikatakan saksama sebagai pendapatan kerajaan.

Peluasan asas cukai ini mustahak untuk Malaysia, dakwa sesetengah pihak kerana hanya kira-kira 10 peratus daripada penduduk yang bekerja membayar cukai pada masa ini.

PAS tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, kerana rata-rata rakyat sedang membayar cukai tersembunyi tanpa diketahui mereka.

Umpamanya pembelian kereta, semua rakyat yang mempunyai kereta sudah dikenakan cukai.

Dengan GST, mereka yang tidak mempunyai kereta dan tidak mempunyai pekerjaan tetap sehingga tidak layak membayar cukai pun dikenakan cukai atas setiap pembelian.

Lebih-lebih lagi, rakyat Malaysia tidak diberikan tempoh untuk menyesuaikan diri dengan GST apabila GST diumumkan pada kadar yang sebegitu tinggi pada 6 peratus.

Di Singapura, kadar GST diperkenalkan pada kadar 3 peratus sebelum beransur menjadi 7 peratus.

Ada yang berkata masyarakat kampung tidak akan merasai beban daripada GST. Ingin diingatkan bahawa kebanyakan barangan yang dijual di kedai-kedai runcit di kampung datangnya juga daripada para pembekal di bandar.

Barangan itu sudahpun dikenakan GST ketika tiba di kedai runcit. Walaupun kedai runcit yang kecil itu dikecualikan daripada GST kerana tidak melepasi had minimum perolehan tertentu, barangan yang dijual kepada masyarakat kampung sudah tentunya pada harga yang lebih tinggi kerana sudah dikenakan GST oleh pembekal.

Jangan terlalu gembira dengan pengumumkan pelbagai barangan asas seperti tepung, gula, beras dan garam tidak dikenakan GST. Hakikatnya, apa-apa yang dihasilkan daripada tepung, gula, beras dan garam kepada makanan siap yang sampai ke tangan pengguna boleh dikenakan GST.

Perkara terpenting dalam perlaksanaan GST ialah penguatkuasaan, bab yang kerajaan BN terkenal sebagai kelemahannya.

Untuk memastikan GST berfungsi dengan baik yakni menjana pendapatan yang seharusnya bagi kerajaan, penguatkuasaan kepada semua yang mengenakan GST perlu dilakukan secara saksama dan adil.

PAS terbayang akan berlaku masalah di mana kedai yang tidak layak mengenakan GST, akan sengaja mengenakan GST kepada pelanggannya untuk pendapatan lebih. Lebihan wang hasil daripada peratusan tambahan GST itu pula tidak dilaporkan kepada kerajaan kerana penguatkuasaan dan pemantauan yang lemah.

Akhirnya, rakyat membayar GST ini bukan untuk pendapatan kerajaan tetapi untuk mengkayakan lagi mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Akibat rasuah yang berleluasa, PAS juga terbayang banyak syarikat yang terlepas daripada hukuman atau denda kerana menggunakan GST sebagai alasan untuk menaikkan harga barang yang dikenakan kepada rakyat awam.

Sesungguhnya, dengan masalah penguatkuasaan yang lemah dan juga rasuah yang masih berleluasa, iklim Malaysia masih tidak sesuai untuk pelaksanaan GST, lebih-lebih lagi apabila BN masih berkuasa.

Lihatlah bagaimana kerajaan BN cuba untuk mengurangkan defisit negara. BN tidak mengurangkan perbelanjaan pengurusan, malah perbelanjaan pengurusan meningkat RM15.8 bilion, daripada RM201.9 bilion pada 2013 kepada RM217.7 bilion pada 2014 berbanding peningkatan pendapatan sebanyak RM15.5 bilion daripada RM208.6 bilion pada 2013 kepada RM224.1 bilion pada 2014.

Pengurangan defisit bajet sebenarnya dicapai dengan memotong peruntukan pembangunan sebanyak RM3.2 bilion daripada RM49.7 bilion pada 2013 kepada RM46.5 bilion pada 2014.

Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 2015 di mana GST bakal dilaksanakan. Ini bermakna kerajaan BN masih meneruskan kerja borosnya manakala memangsakan rakyat dengan GST untuk meningkatkan pendapatan.

Oleh itu, PAS tetap membantah pelaksanaan GST. Pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan apabila kerajaan mula bertanggungjawab untuk mengurangkan pengurusan operasi dan bukannya terus berboros dengan duit rakyat.

Pengurangan subsidi dan kini GST bukan penyelesai kepada masalah ekonomi negara yang berpunca daripada sikap boros kerajaan berbelanja.

Jumaat, 25 Oktober 2013

Bajet 2014 tidak ambil kira keperluan rakyat

 
KUALA LUMPUR: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melihat Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak mengambil kira keperluan rakyat tetapi lebih menguntungkan pihak kerajaan BN.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menegaskan, pembentangan tersebut amat tidak seimbang antara kenaikan cukai dengan pendapatan rakyat serta masalah inflasi.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar menegaskan tidak ada sebarang perubahan dan pembaharuan yang besar diumumkan dalam pembentangan Bajet 2014.

Dalam pengumuman Bajet tersebut diumumkan subsidi gula sebanyak 34 sen dan akan dimansuhkan berkuatkuasa esok.

Sehubungan itu tegas beliau tidak ada apa-apa yang boleh menggantikan pertambahan kos yang akan ditanggung oleh rakyat akibat kenaikan harga gula mulai esok.

"Kita juga dapat menduga harga minyak akan naik walaupun tidak diumumkan dalam Bajet. Kenaikan harga minyak ini akan memberi kesan dan impak negatif segera kepada rakyat," katanya ditemui di lobi Parlimen.

Menurut beliau kenaikan harga minyak yang dijangka selepas pengumuman Bajet itu tidak boleh ditampung dengan pemberian BR1M yang dinaikkan sebanyak RM600.

KELANTAN MARA KE FINAL LAGI


25-10-2013 (kOSMO) KELANTAN menepati ramalan apabila melangkah ke pentas final Piala Malaysia buat kali keempat dalam tempoh lima tahun selepas menyingkirkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan agregat 4-3.

Pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu malam tadi, Kelantan dan ATM terikat dengan seri 2-2.

Keputusan itu sudah mencukupi buat Kelantan mara ke final selepas skuad The Red Warriors itu menang 2-1 pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang minggu lalu.

Pada aksi malam tadi, ATM terlebih dulu mengasak kubu Kelantan menerusi kapten, Hairuddin Omar dan peledak berbisa, Marlon Alex James dalam tempoh lima minit pertama perlawanan.

Kelantan kembali bangkit dan hampir berjaya memecah kebuntuan gol, namun rembatan kapten, Mohd. Badhri Radzi diselamatkan penjaga gol ATM, Farizal Harun pada minit ke-13.

ATM memperoleh 'gol semangat' apabila Marlon meledak gol pertama The Gladiators pada minit ke-18.

Marlon membuktikan sentuhan pemusnahnya semakin berbisa dengan menyumbang gol kedua ATM pada minit ke-35.

Bersambung babak kedua, giliran Kelantan memberi tekanan kepada benteng ATM bagi memburu gol.

Tempoh 10 minit terakhir perlawanan ternyata menjadi milik Kelantan yang memperoleh gol pertama menerusi rembatan kencang penyerang gantian, Ahmad Fakri Saarani pada minit ke-82.

Badhri terus menggamatkan stadium apabila menjaringkan gol kedua The Red Warriors berselang tiga minit kemudian bagi menjadikan kedudukan agregat 4-3.

Bagi pengendali ATM, B. Sathianathan, beliau ternyata kecewa dengan keputusan pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahad yang mengesahkan gol pertama Kelantan.

"Kenapa dia (Nafeez) tidak nampak (kaki Fakri melepasi kepala pemain pertahanan ATM, Fazly Alias).

"Kalau bola itu tinggi, pemain pertahanan kita sudah gunakan kepala tetapi pemain (lawan) itu sambar juga, ia satu kesalahan.

"Apa-apa pun, saya tetap berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan barisan pemain saya," katanya.

Sementara itu, jurulatih Kelantan, Bojan Hodak sudah pasti gembira atas kejayaan skuad kendaliannya menempah slot final yang dijadualkan berlangsung di Stadium Shah Alam, 3 November depan.

"Mereka berjaya bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat kedudukan (2-2)," ujarnya.

Jumaat, 18 Oktober 2013

Keputusan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2013 : ATM vs Kelantan

ATM 1-2 Kelantan

Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Kapten pasukan,Badri pada minit ke 15 dan Norfarhan pada minit ke 79 perlawanan.

Kelantan selangkah lagi untuk ke final Piala Malaysia dan seterusnya mempertahankan kejuaraan yang dimiliki musim lalu.

Menariknya perlawanan malam ini menyaksikan gerakan-gerakan menarik dari Dickson memastikan rakan-rakan yang lain mencipta gol.Beliau juga diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan.

Jurulatih ATM,B.Sathianathan menyifatkan Dickson seorang pemain kebal yang sukar dikawal dan berbahaya dan secara berseloroh agak hairan bagaimana Dickson boleh sekebal dan sekuat itu,adakah dia memakan BESI...

B.Sathianathan juga mengangap peluang mereka di Kota Bharu nanti agak malap ekoran kecederaan pemain dengan prestasi Dickson sekarang ternyata memberi masalah pada pertahanan ATM nanti.

Kredit buat semua pemain kerana mempamer aksi cemerlang malam ini.Ternyata suntikan semangat berserta imbuhan RM150 ribu seandainya mara ke final memberikan tonik buat semua pemain.

Jumaat, 11 Oktober 2013

Wawa Zainal Dan Aeril Zafrel Sah Sudah Berkahwin


   

Sah dah si Wawa Zainal dan Aeril Zafrel ni dah kawin dan mempunyai anak. Perkara ini telah si sahkan sendiri oleh tuan punye badan pade sidang media semalam. Mereka ni dah nikah 2 kali...hah nape 2 kali? Tak pulak tau..musykil pulak..lantal korang lah...Alasan dorang menyorok kan perkara ni sebab si Wawa ni takot dimarahi oleh David Teoh kerana dalam kontrak artis dibwah naugan MIG tak boleh kawin. Wartawan Zubir pon naik angin dan menyifatkan kedua-dua pelakon ini sebagai munafik dan Wawa pernah menggunakan nama Allah untuk menipu media...masyaallah sampai macam tu sekali menggunakan nama allah untuk kepentingan duniawi...semoga insaflah..nama Allah bukan boleh digunakan sewenang-wenangnye..

David Teoh telah menyifatkan tuduhan itu sebagai mengarut..

                                      

Kata David Teoh: Saya menafikan sekeras-kerasnya. Memang dalam kontrak kami tidak membenarkan artis bercinta. Tetapi mereka boleh membuat pengesahan kepada pihak pengurusan sekiranya mereka sudah berkahwin.

Kami membuat perkara ini bagi menjaga maruah artis itu dan untuk mengelak perkara yang tidak diingini seperti ditangkap khalwat selain menjaga nama baik syarikat, itu sahaja. Cuba lihat artis-artis sebelum ini seperti Lisa Surihani, Farid Kamil dan terbaharu, Diana Amir, mereka semua membuat pengesahan dengan pihak syarikat mengenai status diri masing-masing.

David turut menambah yang setakat ini Wawa tidak melanggar kontrak, tetapi dia sepatutnya membuat pengesahan mengenai status dirinya sebagai seorang isteri dan ibu. David juga masih menerima Wawa sebagai artis naungan MIG kerana berpendapat kejelitaan Wawa boleh membawanya lebih jauh dalam industri seni tempatan.

Nak cakap lebih2 pon benda dah jadi kan...moga perkara begini tak dipanjangkan dan dapat meneruskan karier masing-masing. Apa pon ianya perlu dijadikan pengajaran kepade artis-artis lain supaye tidak menyorokan status mereka kepada awam dan media...ianye boleh memakan diri sendiri di kemudian hari...

KEADAAN WANITA YANG DITEMBAK DI CHABANG 4 BINJAI


Mangsa dalam kes tembakan dihadapan Balai Polis Binjai Kota Bharu petang semalam berada di dalam keadaan stabil setelah menerima rawatan di Hospital HUSM Kubang Kerian .

Mangsa yang di kenali dengan nama Nurul Atikah 22 tahun di tembak ketika memandu kereta di persimpangan chabang empat Binjai berhampiran Balai Polis Binjai Kota Bharu pada pukul 06.40 petang semalam .

Mangsa mengalami kecederaan pada hidung dan pergelangan tangan kesan dari tembakan tersebut , kejadian tersebut hampir-hampir meragut nyawa mangsa , mangsa kini dalam keadaan terkejut dan troma dengan apa yang berlaku , motif kejadian dalam siasatan pihak berkuasa .

Rabu, 9 Oktober 2013

KAFA TIDAK MAHU KEMUKA ADUAN


PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak akan mengemukakan laporan berhubung insiden penyerang import Johor Darul Takzim (Johor DT) Leonel Nunez yang menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong Kelantan dalam aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu Sabtu lalu.

Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim berkata, pihaknya tidak akan mengemukakan sebarang aduan kepada FAM memandangkan Nunez tidak lagi menyarung jersi Johor DT musim depan.

“Kita tidak akan kemukakan laporan berhubung insiden tersebut, lagipun kontrak pemain berkenaan (Nunez) bersama Johor DT sudah tamat.

“Jika laporan berhubung insiden berkenaan dibuat, ia tidak mempunyai kesan,” katanya semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang menunggu aduan rasmi daripada KAFA berhubung insiden tersebut.

Kosmo! semalam melaporkan FAM kini hanya menunggu aduan rasmi daripada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berhubung insiden panas yang berlaku pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Razak berkata, KAFA boleh mengemukakan laporan terhadap insiden yang berlaku pada pertembungan penuh dramatik itu.

Satu lagi insiden melibatkan seorang lagi penyerang Harimau Selatan, Norshahrul Idlan Talaha atau dikenali sebagai Mat Yo yang mengalami kecederaan apabila hidungnya berdarah selepas disiku oleh tonggak Kelantan, Indra Putra Mahayuddin.

Tambah Azman, tindakan Nunez itu dianggap cukup biadap memandangkan pemain kelahiran Argentina itu mencari rezeki di negara ini.

“Biarpun tidak membuat laporan tetapi tindakan Nunez itu adalah satu penghinaan kepada rakyat Malaysia. Ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan pemain The Red Warriors, Indra Putra yang didakwa menyiku penyerang Johor DT, Mat Yo, Azman memberitahu, KAFA tidak akan mengemukan laporan berhubung insiden tersebut.

Sementara itu, Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (kelate.net), Mohd. Khairi Yazib berkata, tindakan Nunez menunjukkan isyarat tersebut sebagai tidak bermoral.

Menurutnya, selaku pemain bola sepak profesional dia tidak sepatutnya bertindak demikian yang boleh menimbulkan kemaharan penyokong.

“Saya puji tindakan penyokong yang tidak mudah melatah dengan provokasi murahan pemain berkenaan,” ujarnya.

INDRA ANGGAP UGUTAN HANYA GURAUAN



KUALA LUMPUR – Pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin menegaskan, dia tidak mahu ambil kisah dengan ugutan bunuh seperti dalam akaun seorang individu dalam laman facebook, malah menganggap apa yang diperkatakan itu tidak lebih daripada sekadar gurauan semata-mata.

Walaupun tidak akan membuat laporan polis, Indra pada masa yang sama menasihatkan kepada para peminat supaya berhati-hati jika mahu mengeluarkan sebarang kenyataan dalam laman sosial kerana ia boleh mengundang rasa permusuhan dan pelbagai persepsi negatif.

Tambahnya, persaingan dalam bola sepak adalah sesuatu yang normal, namun tidak wajar ia dicemari dengan perkara-perkara sedemikian yang boleh merosakkan kemeriahan sukan nombor satu negara.

“Secara jujur, saya tidak ambil serius mengenai perkara itu kerana kata-katanya mungkin berbentuk gurauan cuma saya nasihatkan kepada para peminat tidak perlu berasa obses sehingga menjadikan facebook sebagai medan melepaskan rasa geram.

“Bagi saya, mengeluarkan kenyataan sehingga ada motif mahu bunuh itu memang tidak patut serta gurauan yang tidak kena tempat kerana mungkin pada pandangan orang lain, ia boleh disalah erti,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kebanyakan media laman sosial di facebook sedikit kecoh dalam masa beberapa hari ini apabila seorang peminat bola sepak mengeluarkan ugutan mahu membunuh dan bersedia mengupah mana-mana individu yang berminat.

Semuanya gara-gara insiden Indra yang turut menjaringkan salah satu gol ketika menang besar 6-1 ke atas Johor DT di Stadium Sultan Muhammad IV, telah menyiku Norshahrul Idlan Talaha sehingga hidungnya mendapat luka.

Menjelaskan isunya dengan Norshahrul, Indra mengakui dia tidak pernah menyimpan apa-apa perasaan benci kepada bekas rakan sepasukannya di Kelantan itu sambil menjelaskan ia bukan disengajakan.

“Sebenarnya saya tidak sengaja menyiku dia kerana semuanya berlaku dengan pantas semasa di dalam padang ketika perebutan bola yang berada dalam kedudukan 50-50.

“Di luar padang, kami tetap berkawan seperti biasa jadi peminat harus faham atas dasar semangat kesukanan dan bukannya mengeluarkan sebarang kenyataan emosi semata-mata,” katanya.

Mengulas isu berkenaan, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihaknya bersedia membuka siasatan jika mendapat laporan daripada mana-mana pihak.

“Laporan daripada pegawai perlawanan kami telah terima cuma perkara itu (Norshahrul disiku) tidak disentuh dalam laporan itu jadi tiada kes mengenai isu terbabit setakat ini.

“Namun, jika ada mana-mana pihak mengemukakan aduan, FAM sedia mempertimbangkan siasatan dan kes ini boleh dirujuk kepada Jawatankuasa Tatatertib,” katanya.

PERTEMUAN LEBIH HEBAT

                          
Kota Bharu: Kelantan menyifatkan pertemuan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di separuh akhir Piala Malaysia sebagai pertemuan lebih hebat berbanding aksi dengan Johor Darul Takzim (DT) di suku akhir.

Perkara itu dinyatakan Penasihat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa menerusi kenyataan dalam laman sosial Facebook miliknya, semalam apabila mengingatkan The Red Warriors supaya lebih berwaspada dan bersedia sepenuhnya untuk menghadapi pertembungan dengan ATM di separuh akhir pertama dan kedua pada 18 dan 25 Oktober ini.

Walaupun meletakkan ATM sebagai pasukan yang bakal menjadi penghalang Kelantan untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia, Annuar menegaskan TRW sudah diasuh untuk berjuang.

“Kami perlu melupakan dulu kejayaan menewaskan Johor DT kerana menanti kita di separuh akhir adalah pasukan ATM yang lebih hebat. Malah ATM yang merampas Piala Sumbangsih daripada kami. Mereka juga yang menewaskan kami di Stadium Sultan Muhammad IV selepas hampir tiga tahun tidak pernah tewas di gelanggang sendiri.

“ATM penghalang utama. Kami tahu satu sama lain, justeru, perlu tumpukan minda terhadap aksi separuh akhir di tempat lawan dan seterusnya hari penentuan pada separuh akhir kedua nanti.” “Tiada yang mudah, namun TRW diasuh untuk berjuang. Jika kita bukan yang terbaik, pastikan kita mampu menewaskan yang terbaik,” katanya.

Kelantan mengenepikan Johor DT pada suku akhir dengan agregat 8-5 selepas mencipta kemenangan besar 6-1 pada suku akhir kedua di Kota Bharu, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata, Kelantan bakal diperkuat empat pemain import termasuk pemain dari Asia Barat bagi menghadapi Liga Malaysia dan Piala Konfederasi Asia (AFC) musim depan.

Katanya, Kelantan sedang mempersiapkan pasukan untuk musim depan termasuk sudah mempunyai semua penaja utama untuk skuad kijang.

“Persiapan untuk musim 2014 MSL (Liga Malaysia) dan Piala AFC berjalan lancar. Musim ini penuh mencabar dan kita sudah memperoleh semua penaja utama 2014 dan reka bentuk jersi juga sudah siap.

“Kita bakal dibarisi empat pemain import termasuk seorang dari Asia Barat. Hanya tiga atau empat saja lagi slot pemain tempatan yang bakal dilengkapkan secara strategik dan disesuaikan dengan keupayaan jurulatih bertaraf antarabangsa. Justeru tiada rehat bagi kami bermula dari sekarang.

INDRA LEGA KES MENYIKU TIDAK LEKAT

                          

Kota Bharu: “Syukur…Alhamdulillah!” kata penyerang Kelantan, Indra Putra Mahayuddin sebaik dimaklumkan yang dia tidak akan didakwa selepas tiada laporan diterima Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) daripada pegawai perlawanan susulan dakwaan dia menyiku penyerang Johor Darul Takzim (DT) Norshahrul Idlan Talaha pada suku akhir Piala Malaysia, Sabtu lalu.

Indra berkata, berita gembira itu membuatkan dia lega kerana sejak dari awal mengetahui memang tidak bersalah dalam insiden terbabit.

“Selepas ini, saya akan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pusingan pertama separuh akhir,” katanya merujuk kepada pertemuan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Shah Alam, pada 18 Oktober ini.

Perlawanan itu dianggap penting buat The Red Warriors (TRW) kerana bakal menentukan ‘hidup mati’ Kelantan sama ada layak ke final Piala Malaysia atau sebaliknya memandangkan ATM pasukan ‘liat’ serta sukar untuk ditewaskan kerana dibarisi ramai pemain ternama seperti Marlon Alex James, Hairuddin Omar dan Bruno Martelotto.

“Kita perlu cari bekalan selesa untuk dibawa pulang ke Kota Bharu,” katanya. Aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Muhammad IV diadakan pada 25 Oktober ini.

Pemain paling ‘otai’ dalam skuad Kelantan itu meminta rakan sepasukan menumpukan perhatian kepada kedua-dua perlawanan itu jika mahu layak ke final.

“Saya harap rakan sepasukan dapat memberi persembahan terbaik seperti ketika bertemu Johor DT ketika menentang ATM. Pemain seperti Marlon dan Hairuddin perlu dikawal ketat kerana mereka begitu berbahaya di depan gol,” katanya.

Berhubung pemindahan lokasi perlawanan separuh akhir pertama dari Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) ke Stadium Shah Alam seperti diputuskan FAM, kelmarin, Indra menyambut baik keputusan itu kerana Stadium Shah Alam turut dianggap penyokong Kelantan sebagai `stadium keramat kedua TRW selepas Stadium di Kota Bharu.

“Justeru, kami harap penyokong membanjiri stadium bagi meniup semangat pemain kerana ATM dijangka membawa ramai penyokong tegar mereka. Namun, saya percaya jurulatih, Bojan Hodak mempunyai perancangan rapi untuk berdepan ATM.”

Selasa, 8 Oktober 2013

UGUTAN BUNUH UNTUK INDRA PUTRA

kota bharu: "korang (anda) semua ada tak lubang-lubang kongsi gelap yang ada pembunuh upahan?Aku nak upah bunuh ref(pengadil) dan indra putra (pemain bola sepak kelantan)kalau dapat cacatkan dia pun ok..harga aku bagi double (2 kali ganda)

demikianlah satu coretan berunsur ugutan yang ditulis oleh seorang lelaki yang dipercayai penyokong tegar johor darul takzim melalui laman sosial  facebook



ugutan bunuh itu terpapar dalam laman fb milik lelaki tersebut selapas perlawanan suku akhir kedua piala malaysia yang menemukan johor darul takzim dengan juara bertahan the red warrior yang menyaksikan the red warrior membaham sang harimau selatan itu 6 gol berbalas 1

lelaki yang mengguanakn nama "boy nazrie" itu membuat kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap untuk membunuh ref (pengadil)
perlawanan malam tersebut dan juga indra putra mahyudin

namun pada hari ini satu laporan polis telah dibuat..dan kes ini akan disiasat di bawah akta ugutan cuba membunuh.

Ahad, 6 Oktober 2013

Wajib Baca : Ulasan peminat Sukan Kelantan 6-1 JDT


Ok kita cakap pasal Gameplay lah. Kalau nak kira Adrenalin semangat itu semua tengah meletup, tak kira siapa. Yang tak pernah layan bola pun asal orang Kelantan, dengar berita begini terbayang suasana Final di Bukit Jalil walaupun dia tak pernah pergi pun.

Nak bagi bayangan bahawa kalau pejabat kerajaan negeri buka waktu malam pun semua berkumpul dewan makan yang ada Tv dan Astro. Budak exam UPSR yang mak ayah tak pernah bawa ke Final pun boleh bayang dengan betul kehangatan Final bila tengok game tadi. Yang lebih special anak Kelantan di Johor, yang penakut jalan menunduk menguntum senyum, yang berani berkepak dada pakai jersi pagi esok. Itu semua ekspresi masing-masing punya hal.

Isnin, 30 September 2013

"Kitaran sesebuah pasukan berjaya akan berakhir mungkin selama empat tahun" Sir Alex Ferguson

FERGUSON2

Merujuk kepada keluhan Tan Sri Annuar Musa di laman Facebooknya 14 September 2013
"Barangkali kemuncak kejayaan TRW ialah apabila pasukan dan pemain di puncak jaya dan kesemua kini mempunyai nilai yg tinggi..Hampir kesemua pemain di tawar gaji lumayan dan pastinya lebih tinggi dari kemampuan kita sendiri..sudah pasti akhirnya WANG jugalah yg jadi perhitungan..

WALAUPUN TRW menaikkan gaji setiap tahun namun PIHAK YG MAU MEMBELI tetap menawarkan lebih lagi..Sistem perpindahan pemain di msia tidak memberi apa apa pulangan pada pelaburan besar yg kita buat hatta kpd pemain yg cedera sekalipun..

Ahad, 29 September 2013

Kami Tetap Akan Saman Isteri Mat Yo

Foto
AZMAN mendengar penjelasan pengurusnya Mukhveer (kanan)
sambil diperhatikan Pengurus Operasi dan Pemasaran syarikat Zayed Adam Behl.
Subang Jaya: “Tidak kira sama ada laporan polis ditarik atau permohonan maaf dibuat, kami akan tetap melanjutkan kes ini ke mahkamah.”

Itu tegas Pengurus Cawangan Valiant Force Sdn Bhd Mukhveer Singh Gill susulan insiden pertengkaran kakitangan syarikat itu Azman Md Nayan, 49, dengan Siti Aisya Adam, 24, isteri pemain bola sepak negara Norshahrul Idlan Talaha, 27, atau Mat Yo, pada 12 September lalu.

REMAJA TAWAR KHIDMAT SEKS RM50-RM80

Remaja tawar khidmat seks RM50 - RM80
Remaja berusia 16 tahun (kanan) ini ditahan ketika berpeleseran di sekitar pekan Kulim.

KULIM - Seorang remaja berusia 16 tahun, di sini, sudah melakukan kegiatan pelacuran sejak berusia 14 tahun setelah diperkosa beberapa kali oleh teman lelakinya.

Remaja berkenaan yang ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah mengakui, gemar melakukan aktiviti tidak bermoral itu dengan mengenakan bayaran antara RM50 hingga RM80.

bumbung masjid terengganu runtuh lagi

iBumbung masjid di Terengganu runtuh lagi
Harakahdaily 
29 Sep 2013


KUALA TERENGGANU: Kerajaan BN Terengganu diibaratkan 'termakan sumpah' apabila satu demi satu binaan bangunan termasuk masjid runtuh.

Hal ini berlaku, selepas Masjid Bujal yang terletak dalam Dewan Undangan Negeri (Dun) Kijal di Kemaman dirobohkan oleh kerajaan BN ketika itu diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pada 26 Mei 2005 lalu.

Selepas itu, pelbagai kejadian bangunan runtuh dan tumbang seperti dewan komputer, dewan sekolah, stesen bas, menara telekomunikasi, masjid serta bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Kompleks Sukan Gong Badak yang berharga hampir RM300 juta.

Hari ini, sebuah lagi struktur bumbung anjung Masjid Kampung Tebauk Bukit Tunggal, runtuh selepas Masjid Kampung Baru Kertih di Kemaman dan Masjid Binjai Kertas Kuala Berang di Hulu Terengganu pada 20 Mei lalu.

Harakahdaily dimaklumkan, kejadian anjung masjid itu runtuh berlaku kira-kira jam 4.00 pagi tadi serta disedari oleh penduduk di Taman Perumahan Kampung Tebauk setelah terdengar bunyi yang kuat.

Seorang bilal masjid, Jaafar Ismail berkata masjid tersebut baru digunakan hampir dua tahun iaitu pada akhir tahun 2011.

"Saya sedar anjung masjid ini runtuh ketika datang untuk bertugas waktu subuh pagi tadi sekitar jam 5.00 pagi dan melihat lampu yang biasa dipasang di masjid terpadam.

"Saya diberitahu oleh penduduk berhampiran masjid bahawa kejadian runtuh ini berlaku kira-kira jam 4.00 pagi. Ini amat mendukacitakan tetapi bersyukur kerana tidak berlaku kemalangan jiwa," jelasnya ketika ditemui di masjid tersebut.

Menurutnya, sebelum ini telah berlaku sedikit kebocoran tetapi pihak kontraktor ada melakukan kerja-kerja membaikpulih.

Kata beliau, bayangkan jika kejadian runtuh tersebut berlaku ketika hari Jumaat waktu solat yang melibatkan orang ramai.

Harakahdaily difahamkan, masjid yang bernilai lebih RM6 juta itu baru digunakan hampir dua tahun lalu dan masih belum dirasmikan.

Berikut dilampirkan senarai binaan atau bangunan yang runtuh sejak tahun 2008:

1. Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai, Marang
Tarikh: 12 April 2008
Harga: RM2 juta

2. Bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak
Tarikh: 2 Jun 2008
Harga: RM292 juta
Punca: “Semua buat silap” – Ahmad Said

3. Kolam Renang Batu Burok bocor
Tarikh: 5 Jun 2008
Harga: RM18 juta

4. Siling bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) tanggal
Tarikh: 29 Jun 2008
Harga: (terminal ) RM123 juta

5. Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman
Maklumat – runtuh sebahagian balkoni di tingkat lapan.
Tarikh: 15 Mac 2009

6. Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut.
Maklumat – tumbang.
Tarikh: 6 Ogos 2009
Harga: RM15 juta

7. Bumbung Masjid Kampung Batu Putih, Kerteh, Kemaman
Tarikh: 3 Oktober 2009
Harga: RM2.1 juta

8. Bumbung kaca Terminal Bas Kuala Berang
Tarikh : 21 Disember 2009
Harga : sekitar RM700,000 (RM4.2 juta kos keseluruhan projek)
Punca : Tiada pemantauan semasa

9. Bangunan Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Terengganu
Maklumat – runtuh sebahagian semasa dalam pembinaan.
Tarikh: 29 Mac 2010

10. Pondok rehat di kawasan lanskap Pasar Besar Kedai Payang 
Tarikh: 9 Januari 2011
Rekod bangunan paling cepat runtuh setelah siap dibina.

10. Astaka dalam pembinaan di Besut
Tarikh: 21 Jun 2012

11. Papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang
Tarikh: 19 Julai 2012

12.Tangki air Sekolah Menengah Paka
Tarikh: 24 Julai 2012

13. Sengkuap bumbung pentas astaka di Taman Bandar Chukai
Tarikh: 30 Disember 2012

14. Kerangka Stadium Sultan Mizan runtuh semasa dibaik pulih
Tarikh: 20 Februari 2013

14. Masjid Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang
Tarikh: 20 Mei, 2013
Harga: RM1.4 juta

Lain-lain senarai binaan yang rosak adalah:

1. Binjai Souq
2. Bazaar Warisan
2. Masjid Kristal (22 November 2008)
3. Masjid Kampung Lingai (4 November 2009 - harga RM3 juta)
4. Taman Tamadun Islam – stor dewan runtuh pada Julai 2010 
5. Masjid An Naim, Dungun
6. Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Limbat, siap dibina pada 2010, harga RM19 juta. Di Parlimen Timbalan Menteri Pelajaran Mohd Puad Zarkashi mengesahkan, sebanyak RM15 juta diperlukan untuk membaik pulihnya.
7. Masjid al-Redha, Kampung Manir, seluruh binaan mendap, harga RM1.2 juta
7. Pasar baru Kedai Buluh
8. Pasar baru Manir
9. Dewan serbaguna dan masjid di Ketengah
10. Taman Panorama Bukit Pak Apil, Kuala Terengganu

bumbung masjid terengganu runtuh lag

Jumaat, 27 September 2013

isteri mat yo minta maaf pada rakyat malaysia

“Dengan rasa rendah diri, saya minta maaf kepada seluruh rakyat Malaysia atas tindakan saya sehingga menimbulkan kemarahan semua pihak”
Demikian kata-kata permohonan maaf isteri pemain bola sepak Norshahrul Idlan Talaha yang dipetik dari akhbar Berita Harian pada Jumaat
Dalam pada itu, Siti Aisya turut menyifatkan kebenaran mengenai isu yang berlaku ini akan terbongkar dan turut meminta umum jangan terus menghukum dan mencemuh suaminya dengan hanya menonton rakaman video yang tersebar itu tanpa mengetahui perkara yang sebenarnya
Mengenai rakaman video yang mendapat kecaman ramai itu, Siti Aisya menjelaskan bukan dia yang memuat naik di internet seperti yang di dakwa oleh sesetengah pihak
Mengulas lanjut tentang video terbabit, Siti Aisya turut memaklumkan hanya dua individu memiliki rakaman terbabit namun beliau enggan mendedahkan siapa dua individu tersebut, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak polis
Tambah laporan lagi, ekoran penyebaran video berkenaan, Siti Aisya menghadapi tekanan apabila ramai yang marah dan mengeluarkan kata-kata kesat kepadanya, namun mereka tidak mengetahui apa sebenarnya berlaku
Beliau turut menafikan tuduhan masyarakat yang tindakannya itu memalukan suami malah dirinya bukan seorang yang biadap dan menegaskan kejadian itu berlaku apabila individu lain membuat dirinya terasa tercabar sehingga menimbulkan kemarahannya
siti aisya adam isteri mat yo 1 siti aisya adam isteri mat yo minta maaf
Sementara itu, dia juga tidak tahu apa motif sebenar individu yang menyiarkan video berkenaan, sedangkan kejadian perselisihan faham berlaku pada 12 September lalu, namun video berkenaan baru tersebar sejak Selasa lalu
Ditanya sama ada beliau bertindak menyaman pengawal keselamatan itu, Siti Aisya menjelaskan tidak pernah terlintas untuk bertindak sejauh itu, sebaliknya peguam dilantik selepas video berkenaan mula tersebar
Terdahulu insiden kekecohan membabitkan isteri Mat Yo dengan pengawal keselamatan di Subang Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) mula tersebar secara meluas di internet mendapat perhatian dan juga kritikan daripada umm

Khamis, 26 September 2013

ramai pemain the red warrior dijangka berpindah ke pasukan lain

Kota Bharu: Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa membayangkan skuad The Red Warriors (TRW) mungkin tidak dapat meletakkan sebarang sasaran pada Liga Malaysia (Liga-M) musim depan sekiranya ramai tonggak utamanya berhijrah ke pasukan lain.
“Beberapa pemain sudah maklumkan kepada saya mengenai penghijrahan mereka dan kita tiada halangan.
“Jika TRW terpaksa membentuk pasukan baru sekalipun apakan daya kerana peraturan bola sepak di Malaysia memang tidak melindungi kepentingan kelab.
“Bagi pihak yang sudah biasa mengurus pasukan bola sepak di negara ini, mereka sudah tentu akan memahami masalah sebagaimana yang dihadapi KAFA. Justeru, untuk tahun depan kita mungkin tidak dapat meletakkan apa-apa sasaran,” katanya menerusi laman sosial Facebooknya semalam.
BH Sukan difahamkan pemain yang bakal berhijrah musim depan kebanyakannya adalah tonggak penting dalam pasukan dan banyak membantu TRW menjulang pelbagai kejuaraan sebelum ini.
Antara yang disebut-sebut ialah Mohd Shakir Shaari, Indra Putra Mahayuddin, Mohd Badhri Mohd Radzi atau Piya dan Mohd Nor Farhan Muhammad.
Sama juga dengan musim lalu, isu perpindahan pemain TRW kali ini turut dikaitkan dengan Johor Darul Takzim (DT) apabila pasukan gergasi selatan tanah air itu dikhabarkan sedang berusaha memancing seorang daripada pemain terbabit dengan tawaran lumayan.
“Apapun dalam isu ini, KAFA masih lagi memikirkan apa perancangan yang mampu dilakukan. Johor DT sekali lagi bakal memperoleh pemain yang mereka mahu dari Kelantan, Selangor dan lain-lain.
“Mereka berhak untuk memiliki apa yang dicitakan kerana sebuah organisasi yang mempunyai dana yang cukup besar dan bagi KAFA, kita mula merasai keperitan untuk mengekalkan pemain,” katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...