Isnin, 30 September 2013
Isteri yang Taat
Soalan:
Sejauh manakah sewajibnya taat isteri terhadap suaminya?
Nik Farhan, Sg. Buloh
Jawapan:
Isteri solehah iaitu isteri yang taat dan patuh terhadap suaminya, kepatuhannya itu bukanlah di dalam kemaksiatan. Taatnya isteri terhadap suami mencakupi memenuhi segala keperluan suaminya seperti menghiasi diri demi suaminya, menjaga dirinya daripada perbuatan curang, senantiasa menjaga rahsia keluarga serta menjaga harta benda suami dengan baik.
Ia selalu merasa ikhlas dan puas dengan bahagian yang diterimanya daripada suaminya. Sebaliknya ia tidak pernah menuntut sesuatu yang diluar batas kemampuan suami untuk mengadakannya.
Sebagai seorang isteri harus bertanggungjawab dalam pengurusan rumahtangga, baik dalam membina dirinya sendiri mahupun untuk membina anak-anaknya ke arah kemajuan ummah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Isteri adalah pemimpin di rumah suaminya dan bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya'.
(Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tarmizi)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan