Postby hamba allah »
Salam,
Saya akan melanjutkan pelajaran ke kuala lumpur, sekarang duduk di Kelantan. Tapi tak sure lagi la ke KL tu.. baru nak tengok2.
1) Kalo saya pergi hari ni, boleh ke Jamak & Qasar kat KL tu (2-3 hari duduk situ sekejap). or Qasar sahaja. Atau Jamak saja tanpa Qasar? Saya nak survey dulu tempat tu.. jadi tak confirm lagi.
2) Bagaimana pula sekiranya saya akan memulakan pengajian, bermalam di KL 2-3 malam sebentar, sebab saya duduk di Kelantan, dan pengajian hanyalah berbentuk penyelidikan. Yg ni boleh jamak/qasar/jamak+qasar? Tak nampak macam bermukim pun ... sebab sekejap2 saja.
**********************************
Postby kamin »
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Kedua-dua soalan ini masih menunjukkan status anda seorang musafir kerana :-
a. anda tidak berniat untuk menetap disana atau niat bermukim
(Menurut Mazhab Hanafi, dinamakan watan al-iqamah jika didiami setengah bulan atau lebih. Dinamakan watan al-sukna jika didiami kurang dari setengah bulan.(al-Fiqh al-Islami)).
b. anda tidak tinggal disana dalam tempoh 4 hari 4 malam, atau lebih.
Didalam soalan 2, anda masih seorang musafir yang menuntut ilmu, maka :-
a. Boleh jama’ dan qasar solat semasa perjalanan apabila keluar dari sempadan tempat tinggal dan perjalanan tersebut melebihi 96km (2 marhalah)
b. Lebih afdal melakukan qasar solat (tanpa jama’ bagi solat yang 4 rakaat) apabila berada disana (kerana berada disana kurang 4 hari 4 malam);
c. Boleh juga, jika terdapat kesukaran, jama’ dan qasar solat semasa berapa disana.
d. Boleh jama’ dan qasar solat semasa pulang, sebelum sampai di sempadan tempat tinggal anda.
Sekian, wassalam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan